jemput follow :)

Monday, January 21, 2013

Senggugut & Tips !



salam semua..

                  Mungkin entry harini untuk ladies saje kot, hee.. Okeyla cakap pasal senggugut ni, siapa ada masalah dengan senggugut ? Mesti ramai kan. Senggugut dengan wanita tak dapat dipisahkan. Since I pon ada masalah dengan senggugut, jadi I nak kongsi dengan uolls semua. I mempunyai masalah senggugut dalam kategori sederhana. Macam mana tu ? haaa, dalam kategori yang tak serious la. Seminggu sebelum period nak datang akan datang tanda-tanda seperti jerawat mula bersepah kat muka, sakit-sakit badan, pinggang, peha, betis, angin main2 dalam perut, mengidam nak makan yang manis-manis (haha, itu I la kan, tak tau la orang lain macam mana), sakit perut rase macam nak bersalin kot, memang sakit gila. Cuma sakit perut tu tak la every month die sakit macam nak bersalin, kadang-kadang je kot. Tapi bila dah sakit, memang tak ingat dunia lah. Nak duduk pon tak boleh, berdiri pon tak boleh, jalan pon tak boleh, baring pon tak boleh. Habis tu nak buat apa ? Ada sekali tu, tak boleh tidur sakit sangat, kene duduk mencangkung je. Mencangkung and menanges sepanjang malam sampai tertido. Haa teruk tak ?  Ni kira sikit la, ade sesetengah kes tu sampai guling-guling dibuatnye, kesian mereka2 tu.

Ramai dikalangan wanita yang risau samaada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian, sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin menghidap penyakit 'endometriosis'. Ini menyebabkan sakit seperti senggugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sakit senggugut yang biasa.


Tips (perkara yang I biasa buat bila senggugut)

  • Elakkan minum minuman berais, lebihkan minum air suam atau air kosong.
  • Pastikan badan sentiasa hangat. Sapu minyak panas dekat perut (biasanya I pakai minyak serai wangi,berangin u...) sapu jugak dekat kaki and betis. Sesetengah orang cepat kejang kaki masa period, elokla sapu minyak tu.
  • Cara ni memang selalu dipraktikkan iaitu tidur. Tidur adalah cara alami untuk menghilangkan senggugut yang biasa2 je. Biarkan rasa sakit tu sampai tertidur dengan sendirinya, insyaallah lepas bangun akan berkurang kesakitan tersebut. 
  • Cara ni tak digalakkan sebab tak elok bergantung dengan ubat. Boleh amek panadol menstrual yang kaler pink tu atau painkiller panadol tu ha.
  • Minum air rebusan halia supaya darah berjalan lancar dan badan hangat. Air rebusan halia juga dapat menghindarkan bau yang tak best masa period (okey yang ni I tak buat, tak suka, xsedap okay. I salu minum susu jee)
  • Yang ni kawan I salu buat, tapi bagi I xelok. Minum air coke. Dia kata bagi cepat period keluar, sebab tajam air coke tu. Erk ? tak tau la.
  • Bertungku. Tau tak ? Ala batu besor yang orang lepas bersalin biase tuam dekat perut mse panas2 tu, hehe. 


Haa yang tu je la kot. So kawan2 kalau ade care lain, kongsi2 kan la ye :)

Beauty.Style.Makeup :)
























8 comments:

  1. err , download dlu gambar banner GA @ Segmen tue lah . . then , upload ke dalam blog macam biasa awk upload tue haa . .

    ReplyDelete
  2. bagus info nil...ramai senggugut terus semasa period kan..

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat pasal coke ngan panadol tu....
    2-2 tak bagus.
    Zaman skang ni ramai yang ada masalah senggugut

    Boleh baca kat sini testimoni senggugut
    http://ohno83.blogspot.com/search/label/Senggugut

    ReplyDelete
  4. nice tips yah , boleh amalkan ni, hehe

    ReplyDelete
  5. thanks share resepi..
    ure so sweet la .. comey je .. mix ke? =)

    ReplyDelete
  6. norlaily.. hehe.. sorry... salah petak komen la pulak! hehehe... jangan marah ye... tu la bahana.. line tgh on off nih... sorry ya dik.. =)

    ReplyDelete
  7. nice...eh silap masuk la,for ladies only rupanya...tp xpa kot,laki pn kna tau jg hal2 gni ni..ble gak share tips ngan gf @ wife kn :)

    ReplyDelete