jemput follow :)

Tuesday, January 8, 2013

cara pemilihan FOUNDATION


salam semua..

              Pernah tak uolls ade masalah dengan pemilihan foundation ? Mesti ade kan. Ramai kawan2 i yang menghadapi masalah dalam pemilihan foundation. Yela wane tak same dengan muka la, terlalau berminyak la, terlalu kering la. Okey, perkare tu biasa la bagi ladies2 semua. Sebab nak cantik, kadang2 kita 'try' je mane2 tanpa mengambil kira kesesuaian dan jenis kulit masing2. So harini i nak kongsi sikit atas pengalaman sendiri dan rakan2 cara pemilihan foundation yang betul.

1)Kenalpasti kulit


Lain orang lain kulitnya. Ada yang berminyak, ada yang kering, pori terbuka, kombinasi, sensitif juga yang normal.
  • Kulit Normal - Sangat beruntung! Kulit seperti ni biasanya smooth with small pores, even texture and feels great all the time. Kawasan yang kering sedikit biasanya daerah pipi tapi tak keterlaluan, Kadang-kadang mereka ada liang roma yang terbuka di kawasan T-zone (dahi, hidung, atas mulut) tapi biasanya, taklah ketara sangat.. The water and oil content of your skin is balanced.
  • Kulit Kering - Kulit lebih terasa tegang selepas cuci. Kebiasaannya seluruh muka ada daerah yang mengelupas, kasar dan dehydrated. Liang roma tak nampak, kalau ketawa mmg senang nmpk garisan tepi bibir..
  • Kulit Berminyak - Kulit nampak berminyak lebih-labih lagi kat kawasan T zone. Minyak yang sangat ketara dan kena selalu wipe.. Liang roma terbuka dan mudah berjerawat. Makeup akan hilang selepas 3 jam pakai! Aduh...
  • Kulit Kombinasi - You are a little oily and dry. Biasanya berminyak di dahi, hidung dan dagu.. Kering di pipi.
  • Kulit Sensitif - Ada banyak jenis skin yang sensitif. Ada sensitif normal, sensitif kering, kombinasi atau pun sesitif berminyak. Kalau salah pilih produk, muka gatal, kemerah merahan atau pun naik jerawat. Ini biasanya berpunca dari beberapa faktor, contohnya cuaca, persekitaran yang kotor, pengambilan ubatan, diet yang kurang seimbang, hormon tak seimbang, allergi pada chemical dalam produk dan sebagainya.
Those with sensitive skin will see a huge turn around when you start using skin care and makeup that is as free of as many chemicals as you can get.
Dan yang sebenarnya, lebih kurang chemical, lebih elok untuk kulit kita!

2)Pemilihan Foundation

Bila dah kenal pasti kulit, cari produk yang bersesuaian.. kalau oily carilah yang 'oil-free', 'oil-control', atau 'matte', kalau kering cari pula yang 'oil-based', 'moisture rich' atau 'dehydrating'. Untuk kulit kombinasi carilah yang berasas kan powder atau cream. Dan yang sensitif, pilihla yang ada tekstur mineral di dalamnya..

3)Pemilihan Warna

Ramai yang keliru kalau nak memilih warna, ada yang terkena muka jadi kelabu! alamak.... dan ada pula yang putih sangat..

-Kenalpasti undertone skin. Kalau nak tau, try tgk lengan kita warna apa, selalunya kulit melayu , yellow base, dan kulit india atau pun china, biasanya pink base.. tapi ada juga yang sebaliknya.

-Perhatikan sekeliling terang atau tidak... pencahayaan amat penting, kalau kawasan kaunter tu macam malap je, keluar je dari shop dan bawak contoh warna untuk dicalitkan pada muka. Tapi jangan lupa masuk kedai balik ya!.. huhu

-Pilih warna yang seakan-akan dengan kulit. Kalau tak jumpa, pilih warna yang 1 tona lebih gelap dari kulit, kemudian seimbangkan dengan powder yang 1 tona lebih cerah...

-Ada juga yang kulit berminyak mempunyai masalah foundation lebih gelap bila kulit dah 'pecah minyak', sekiranya ini berlaku, guna foundation yang 1 tona lebih cerah dari kulit.

Tips: 

* Gunakan rahang muka sebagai penentu warna, bukan tangan ya! Ratakan dan tgk, kalau sama, itulah yang paling sesuai!
* Biasakan guna foundation brush, atau sponge yang bersesuaian. Wah, mahirkan diri macam pro ye!
* Sentiasa ada cermin dalam handbag! Barulah kita tahu apa yang sesuai untuk kulit kita sebab cermin adalah teman terbaik kita!

itu sahaja yang dapat i kongsikan..


Beauty.Style.Makeup :)

No comments:

Post a Comment