jemput follow :)

Tuesday, November 26, 2013

Putihkan ketiak

Underarm & missV whitening cream

Hye semua. Harini topic rare sikit, hahaha. Nak cerita pasal tiak n missv uolls. Haa ni common case la kan. Ramai remaja, bukan remaja je, orang tua pon menghadapi masalah yang sama, iaitu masalah ketiak n missv yang gelap. Biasalah kawasan sensitive dan celah2 pelipat kan. Untuk uolls yg kerap cukur tiak tu then mesti hitam kan ? Sebab cukur memang tak bagus sebenarnya. So nak bagi hilang ade ubatnye hehe. Try laa cream underarm ni then boleh apply jugak dekat missV uolls tu, celah celah bedah tu hah apply je mcm pakai losyen. Sangat berkesan okay. Ramai repeat order. Underarm n missv cream ni pon product dari ninaskincare. So, moh la kite cuba :)

HARGA : RM35

Berminat ? boleh email 
misz_laily91@yahoo.com

beauty.style.makeup :)

Ninaskincare - Over white bleaching scrub


Over White Bleaching Scrub

Hye2, salam tengahari semua. Harini nak cerita pasal scrub. Ramai remaja menganggap bahawa lulur atau scrub hanya sesuai digunakan oleh bakal pegantin menjelang perkahwinan mereka. Oooh anda salah, sebab lulur badan ni sangat penting sebab mempunyai kebaikan yang tertentu.

Macam2 jenis jenama lulur & scrub ada dekat pasaran sekarang. Ha nak yang mane, pilih je. Sebenarnya i pon baru je menggunakan lulur ni. Sejak rajin buat blogwalking ni la. Tengok ramai je blogger2  yang cantik dok buat review pasal skincare. Kite pon ape lg, nak la mencube jugak kan. Bak kate dorang, xkan la dah nak kawin baru terhegeh2 nak jage kulit. Iye dak ? After ber eksperiment dengan lulur2 ni, sememangnye perempuan kene menggunakan lulur, barulah kulit tu lembut je. xputih xpe, janji kulit cantik. boleh ke cmtu ? hahaha. So I nak kenal kan ! scrub yang power, Over White Bleaching Scrub dari ninaskincare ni. Best gila uolls.



*Bahan2-bahan yang terdapat dalam scrub ini ialah :
-extract avocado
-papaya
-aributin (mempercepat pencerahan)

*Kepentingan scrub badan :
1)mengembalikan kebersihan kulit drp kotoran dan sel mati mendap dlm liang pori.
2)mengembalikan warna kulit berbelang
3)mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari
4)menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap
5)menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut
6)mempercepat pemutihan
7)menghilangkan bekas parut

*Cara pemakaian body scrub yang betul :

-Jangan basah kan badan dgn air dahulu, pastikan badan dan tapak tangan betul2 kering then ambil sedikit scrub atas tapak tangan lepas tu scrub la dekat badan. Sental kulit2 mati semua ok sygg.

HARGA : RM65


berminat ? boleh email :
misz_laily91@yahoo.com


beauty.style.makeup :)

Monday, November 25, 2013

Ninaskincare Skinwhite advance

Salam, hye semua. So kali ni nak cerita pasal ninaskincare. Okay mesti ramai jugak yang dah tau ibu putih adalah produk dari ninaskincare kan ? So founder dia nina ada keluarkan set muka yang baru di upgrade. Ninaskincare ada banyak product, and walaupon agak pricey, tapi berbaloi. Sebab semuanya berkesan. Ramai yang dah cuba, and banyak testimoni and positive feedback. So i will update the testimony picture later. You guys boleh tengok kelebihan skinwhite advance ni dekat bawah :)






*Bahan utama skinwhite excellence ialah ekstrak tumbuh tumbuhan dan susu.

*Kelebihan skinwhite :

1)mencerahkan kulit
2)membaiki struktur kulit
3)mengecilkan liang roma
4)memudarkan parut dan jeragat
5)menganjalkan kulit
6)merawat kulit bersisik dan tidak sekata
7)menghilangkan jerawat2 kecil
8)menghilangkan garis2 halus
9)menghaluskan kulit
10)merawat panau pada wajah
11)sesuai utk wajah berminyak
12)memberikan perlindungan UV pada kulit (day cream)
13) menjadikan kulit nampak glowing (day cream)
14)tidak perlu compact powder (day cream)
15)produk sgt wangi dan tidak berminyak

PRICE : RM120



Berminat ? boleh email :
misz_laily91@yahoo.com


beauty.style.makeup

IBU PUTIH terbaik

Hye, salam semua. Lama tak update blog. Almost one year kan ? Macam2 jadi since awal tahun until now. So harini nak cerita lah sikit. Mesti ramai dah dengar and dah guna ibu putih kan ? Kesan dia memang best kan ? So untuk yang belum cuba, and nak tahu kelebihan ibu putih, boleh la baca dekat bawah ni. 


*Cream ibu putih ini adalah ibu segala cream pemutih. Cream ini merupakan cream sampingan utk memutihkan kulit wajah dan badan dgn cepat.

*Kelebihan cream ibu putih :

1)mencerahkan kulit
2)membaiki struktur kulit
3)mengecilkan liang roma
4)memudarkan parut dan jeragat pada wajah dan badan
5)menganjalkan kulit
6)menghilangkan jerawat2 kecil
7)menghilangkan garis2 halus
8)menghaluskan kulit
9) merawat panau pada wajah
10)sesuai utk wajah berminyak
11)memberikan perlindungan UV pada kulit 12)menjadikan kulit nampak glowing

*Cara penggunaan :

1)Sapu dulu cream muka atau losyen badan. Kemudian baru calitkan sedikit saja cream ibu putih pada bahagian diingini dan ratakan atau campurkan cream ibu putih dgn cream muka atau losyen badan dan ratakan. Lakukan secara rutin setiap hari dan lihat kesan kecerahan yg diingini hanya dlm beberapa hari !


HARGA : 20g - RM50
35g - RM80


Berminat ? boleh email I :

misz_laily91@yahoo.com


beauty.style.makeup

Thursday, January 31, 2013

Model Photographer

salam semua :)

                   Lama tak update blog dengan cite2 best, asyik bagi tips skin care je kan. Boring lah. So harini nak kongsi cerita sikit. Tapi pasal I la. Nampak tajuk kat atas tu? Hehe, excited la pulak :P Impian nak jadi model tu sememangnye dah lame, tapi yelah orang tak berapa nak tinggi kan, macam mengharap bulan jatuh ke riba je, erkk? haha. Tapi alhamdulillah, seminggu yang lepas ade sorang photographer ni tiba2 dalam instagram tanya 'nak tanya ni, pernah jadi model ke sebelum ni?' okey memang terkejut la kan, so ckpla xpernah, model syok sendiri adalah. Then dia cakap nak mintak i jadi model untuk photoshoot dia. Wah teruja ! and dia mintak number phone. Disebabkan baru perasaan photographer tu adalah junior sekolah I, dengan hati terbuka I pon inbox la number phoner I dekat facebook dia. Then dia text tanya sudi tak jadi model photoshoot. Haha, cara tanya abis skema ayatnye ha. Lepas bincang semua I pon setuju. Tapi, ni bukan photoshoot commercial, but untuk portfolio dia. Lepas dah tenguk page gambar2 model dia, I pon meletakkan 1 syarat. Ape die ek ? haaa, model die banyak jugakla yang seksi seksa kan, huhu. So I tak mau la pakai seksi2, biasa2 boleh la kan. Die pon ok je, and tema phootoshoot I smart casual. Tak tau la dari mana dia tahu I boleh makeup, dia pon mintak I makeupkan sorang model chinese neex week. Maybe dari gambar facebook la kot. And tup2, tarikh berubah, I kene siap sedia hari rabu 30/1/2013(semalam) untuk photoshoot, nasib baik semua dah ada. Baju smart casual tapi g prepare abis formal ha. Bawak coat skali slek kerja, haha. Nasib baik kemeja nampak casula, pastu dia suruh pakai jeans je. So pagi pukul 830 am dia pick up dekat rumah, I ajak member teman, takut g sorang2, first time kan. Lagi pon barang banyak, memang kene bawak sorang PA, hehe. So mula2 dia bawak g breakfast dlu, then plan nak shoot dekat KTM lama dekat tengah jalan KL tu ha. Bila dah sampai macam2 hal pulak dah, kene buat surat dulu la , apela, so terpaksa la tuka tempat. Diorang decide nak shoot dekat taman tasik titiwangsa, I follow jela kan. Disebabkan first time, I agak kekok and malu jugak la, nak posing lebih2. Nampak keras jugak la cara posing tu, haha. Tapi takpe, pengalaman kan, InsyaAllah next photoshoot dah tau semua cara nak posing kan. Alhamdulillah diberikan peluang, sebabnya diorang mungkin nak jadikan I official makeup artist group phographer diorang. Kat bawah niI letakkan  hasil gambar diorang. Memang superb la, nice shoot ok, taraf professional. Sebab sorang tu bekerja dengan utusan Malaysia, banyak dah ilmu dia. Memang ambik gamba pon lawa2 je.

So ni la hasil dia..2 gambar je yang baru ditag dekat facebook, I dapat letak 2 jela dr beratus2 gambar yang disnap, hehehe..


(Pssst, haa nak habaq mai ni, I menyediakan service makeup model photographer okay, sebarang pertanyaan boleh email ke : misz_laily91@yahoo.com gambar I dekat bawah ni I makeup sendiri :) )



Venue   : Taman Tasik Titiwangsa
Talent   : Nor Laily
Photog  : Magica Photographer
Mua     : Nor Laily



Sempat bergambar dengan sorang photog je, lagi 2 xsempat pon T.T yang baju pink tu P.A saye ye, a.k.a my bff :) sayang kamu ecah, heee..


Sape kate jadi model senang ? penat wooo, letih 1 badan..pusing sane, pusing sini, bengkok sane, bengkok sini, denga heel yang berpuluh tingkat tu lagi..sebab tu la orang bayar model mahal. peace :)

so abis dah cite, kite jumpe nest entry, hihi 















Monday, January 28, 2013

Jerawat & kulit muka



"Skincare dah superb, tapi jerawat still muncul..."



                   Hye, salam semua, lama tak update, idea keringsss, huhu..Harini nak kongsi pasal jerawat dengan ladies semua. Ok, ade tak ladies yang mengalami benda yang sama? dah pakai produk muka but still naik jerawat...OMG!!! Ade something yang uolls kena check dengan teliti. Ladies jom check this out babeh!

1) Kekalkan a healthy lifestyle faktor penting dalam mengelak jerawat tumbuh. Snek, makanan berlemak, crackers dan sebagainya menghasilkan minyak kat muka lalu nai
k lah jerawat. So makan lah buah + sayur + air kosong banyak2.

2) Stress atau tekanan. Stress can have a very negative impact upon your skin as it can directly affect your hormone levels, especially those hormones that contribute to a breakout of acne, particularly on the face and back. Stress ni uollss boleh bagi kesan negative sebagaimana boleh efek terus paras hormon dalam badan kita, especially those hormones yg menyumbang tumbuhnya jerawat terutamanya dakat muka n belakang badan. So masing2 tau la kan nk kurangkan stress maca mana ya :)

3) Cuci muka sekerap boleh. Takde lah sejam sekali uolls. 2x sehari tu biasa, cuci pagi lepas mandi pagi, cuci malam lepas mandi malam. Up la cket jadi 3x sehari or 4x sehari...takot sangat la sabun tu habeh...hehehe...tapi jgn terlalu kerap nanti kang sel kulit cepat mati.

4) Bersihkan muka dari pori-pori. Boleh cuci muka pakai scrub 2x or 3x seminggu. Takde lah tersumbat pori-pori tu and minyak xleh keluar lalu tumbuh jerawat.

5) Sapu ubat jerawat dekat jerawat gedik sekor dua tu dengan produk yg ada benzoyl peroxide (OXY). Sapu nipis je sebab oxy boleh buat kulit jadik kering.

6) Tangan tu! Tangan tu bersih ke idok dok pegang2 sentuh2 muka tu? Kalo yang pesen suka picit tu lagi laa. Tangan boleh sbbkan bakteria merebak lagi2 picit jerawat pakai tangan.

7) Peralatan mekap. #Span bedak compact #berus blusher #berus eyeshadow #berus segala berus yang sentuh muka lah. Pastikan! Pastikan selalu jgk la uols bersihkan yeee..

8) Tuala. Kadang2 tibai tuala mandi je lap muka ye dak? baik ngaku pat! Guna la tuala kecik KHAS tuk muka sahaja ok!

9) Tempat tidur. Cadar dengan alas bantal tu juga pastikan selalu tukar2 ye..



haaa yang tu jela yang nak dikongsi kan. Same2 la kite amalkan gaya hidup sehat, acewahh ! hehe

Beauty.Style.Makeup :)


Monday, January 21, 2013

Senggugut & Tips !



salam semua..

                  Mungkin entry harini untuk ladies saje kot, hee.. Okeyla cakap pasal senggugut ni, siapa ada masalah dengan senggugut ? Mesti ramai kan. Senggugut dengan wanita tak dapat dipisahkan. Since I pon ada masalah dengan senggugut, jadi I nak kongsi dengan uolls semua. I mempunyai masalah senggugut dalam kategori sederhana. Macam mana tu ? haaa, dalam kategori yang tak serious la. Seminggu sebelum period nak datang akan datang tanda-tanda seperti jerawat mula bersepah kat muka, sakit-sakit badan, pinggang, peha, betis, angin main2 dalam perut, mengidam nak makan yang manis-manis (haha, itu I la kan, tak tau la orang lain macam mana), sakit perut rase macam nak bersalin kot, memang sakit gila. Cuma sakit perut tu tak la every month die sakit macam nak bersalin, kadang-kadang je kot. Tapi bila dah sakit, memang tak ingat dunia lah. Nak duduk pon tak boleh, berdiri pon tak boleh, jalan pon tak boleh, baring pon tak boleh. Habis tu nak buat apa ? Ada sekali tu, tak boleh tidur sakit sangat, kene duduk mencangkung je. Mencangkung and menanges sepanjang malam sampai tertido. Haa teruk tak ?  Ni kira sikit la, ade sesetengah kes tu sampai guling-guling dibuatnye, kesian mereka2 tu.

Ramai dikalangan wanita yang risau samaada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian, sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin menghidap penyakit 'endometriosis'. Ini menyebabkan sakit seperti senggugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sakit senggugut yang biasa.


Tips (perkara yang I biasa buat bila senggugut)

  • Elakkan minum minuman berais, lebihkan minum air suam atau air kosong.
  • Pastikan badan sentiasa hangat. Sapu minyak panas dekat perut (biasanya I pakai minyak serai wangi,berangin u...) sapu jugak dekat kaki and betis. Sesetengah orang cepat kejang kaki masa period, elokla sapu minyak tu.
  • Cara ni memang selalu dipraktikkan iaitu tidur. Tidur adalah cara alami untuk menghilangkan senggugut yang biasa2 je. Biarkan rasa sakit tu sampai tertidur dengan sendirinya, insyaallah lepas bangun akan berkurang kesakitan tersebut. 
  • Cara ni tak digalakkan sebab tak elok bergantung dengan ubat. Boleh amek panadol menstrual yang kaler pink tu atau painkiller panadol tu ha.
  • Minum air rebusan halia supaya darah berjalan lancar dan badan hangat. Air rebusan halia juga dapat menghindarkan bau yang tak best masa period (okey yang ni I tak buat, tak suka, xsedap okay. I salu minum susu jee)
  • Yang ni kawan I salu buat, tapi bagi I xelok. Minum air coke. Dia kata bagi cepat period keluar, sebab tajam air coke tu. Erk ? tak tau la.
  • Bertungku. Tau tak ? Ala batu besor yang orang lepas bersalin biase tuam dekat perut mse panas2 tu, hehe. 


Haa yang tu je la kot. So kawan2 kalau ade care lain, kongsi2 kan la ye :)

Beauty.Style.Makeup :)
























Wednesday, January 16, 2013

berat badan tak turun ?





RAMAI yang mengadu bahawa mereka tidak berjaya mendapat berat badan yang diidam-idamkan.

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.
Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda. Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Kalau dulu, datuk dan nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni bagaimana pula? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia. fikir2 kan :)

3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. “Dah emak saya badan besar, dah bapa saya gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada” Tapi, ingat.. anda juga perlu berusaha!!

4. Faktor kesihatan.

5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Jadi, sekiranya kita amik apa2 ubat, pastikan minum byk air..

6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu,benar bukan?
Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda. Siapa mcm ni angkat tgn? anissss laahhh tu. hehe.

7. Merokok
Kalau semasa dulu mereka merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang sudah tidak ada lagi. Kalau dulu nikotin boleh membantu untuk jadi kurus, sekarang telah tiada. Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok. Apa2 pun, merokok memang membahyakan kesihatan. Seolah2 anda menjemput maut sndir.

8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.

9. Mengandung (Hamil).
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak. So dengan sapuan inchloss dan pemakaian BAMBOO SLIMMING SUIT, insya allah :)

10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.



jom try felinna INCHLOSS

Harga ? 
hanya rm75 sebotol (SM) and rm80 (SS), free postage !

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lotion ajaib inchloss ini, atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi :

emel: misz_laily91@yahoo.com


Beauty.Style.Makeup :)

Sunday, January 13, 2013

sambung DEGREE or KERJA ?

salam semua..

                     Entry hari ni adalah berasaskan keputusan and masa depan, cewahh. Nak tanya pendapat uolls mostly graduan diploma la kan, if dalam situasi macam ni, apa uolls punya decision ? Hmm, dalam case I sekarang, I dah buat keputusan, tapi saje lah kan nak dengar pendapat orang ramai. Lain orang lain pemikirannya. Bagi I sambung degree adalah 1 kemestian. Cuma dalam case I ni, I buat keputusan untuk kerja dulu. Maybe about 1 year cmtu. sebab apa ? haaa..ni nak habaq mai. Lecturer kejuruteraan jalanraya and lalu lintas I punya nasihat la kan, lambakan lulusan ijazah yang menganggur. Ok macam ni, basicly if uolls pergi interview mana2, dalam dia punya syarat mesti nak pengalaman kerja dalam 1 or 2 tahun macam tu kan ? So the best thing is, uolls kerja dulu after diploma dalam setahun dua macm tu, then baru sambung degree. Sebab after degree, lagi senang uolls nak dapat kerja. Sebab apa ? Sebab dah ada pengalaman, dah tahu macam mana nak handle sesuatu siatuasi, dah tahu macam mana nak guna barang2 dia, ha macam tu la. Kita nak demand gaji pon tak ada masalah masa tu, sebab dah ada pengalaman. Ok cuba tenguk situasi graduan ijazah pulak. Diorang memang fresh sangat2, tak ada pengalaman kan. Dah tu ada pulak yang memilih kerja, sebab tu la susah nak dapat kerja. Zaman sekarang ni, kalau dok buat perangai nak pilih kerja, 'tak bestla kerja tu balik lewat, datang awal sangat, kerja penat, gaji sikit,' memang tak dapat kerja la habaq hang. Biarla mula2 kita susah2 dulu, mula dari bawah, so that orang tak boleh tipu kita. kan ? 

Lagi 1 dilema remaja, bila dah sambung degree, tak tahu nak nak pilih course apa. macam I la. T.T huhuh.. nak sambung apa ni wehh. Tiba2 rindu dengan kerja2 makmal ni n mereka2 ini..


ok, da lupa name ape ujian ni -.- pelupanya makcik ni..

acecece~fokus..fokuss..


libraray UTM

ok saya sangat kecik T.T

engineer wanna be..walla ! hehe


 #maaf kalau tak selesa dengan english rojak di sini, but i'm try the best to lerning english here, sobss..


Saturday, January 12, 2013

laily soft touch

Salam semua..

               Since dari buat blog ni sampai la sekarang, belum pernah update pasal makeup lg kan ? Dekat profile cakap newbe freelancer, tapi tak ada pon hasil seni yang ditunjukkan kan ? Hehe, malas nak pilih gambar sebenarnya. Tapi takpe, harini I cerita la sikit pasal hasil tangan I yang tak seberapa ni. Yela orang baru dalam Industri makeup ni kan. cewahh ! hehe..By the way, mesti ada yang tertanya2, tengok dekat profile DIPLOMA IN CIVIL ENGINEERING UTM, tapi profession bukan ke arah construction, but more to make up. Okey, macam ni..Hobi orang lain2 kan ? Macam tu la jugak I. Belajar memang la dalam bidang professional. Course civil engineering lak tu, gempak habes kan (tak tahu ke jadi engineer ni susah) Tapi sejak jadi penganggur 2 bulan ni, kena la cari part time job. And yang sesuai sangat dengan I sebab dah ade bakat kan, hanyalah makeup. So I hanya promote hasil tangan i di instagram n facebook jela since dekat sane dah ramai yang kenal kan. But bukan senang nak cari rezeki ni. Lagi2 macam I ynag baru nak menapak. Macam2 dugaan. Barang tak cukup lg la, customer nak kene tengok musim jugak, tak kan tetibe je ' eh, I nak makeup la untuk saje2..u nak charge brape ? ' ahaha, tak ke terkejut camtu. Sementara tunggu panggilan interview ni kan, elok la cari duit sampingan dulu. Tu yang dok jual lotion fellina Inchloss pulak, hahaha. Ok dah, berenti membebel la makcik. So this is my touch...

First, nak tunjuk makeup untuk muka sendiri dulu..GAMBAR TIDAK DI EDIT SAMA SEKALI.


for this look, sesuai untuk girls yang mempunyai mata yang sepet. nak tau kenapa ? sebab white eyeliner dekat watermark tu buatkan mata anda nampak besar and bulat. macam dalam gambar I ni, hihi.
close up mata for #pic1. 

for this look pula, sesuai untuk ke majlis2 besar I think. sebab agak heavy. macam I, I pakai untuk wedding and dinner maybe..

close up for #pic2

for this picture, nak tunjuk pemakaian eyeliner. eyeliner ade banyak jenis, yang tu semua girls tau kan. ade liquid, gel, pencil, marker, banyak lah. tapi for freelancer dorang suka campur2. and cara pemakaian pon boleh menyebabkan mata kita nampak lebir besar, lebih galak, lebih macam hantu ke kan, hehe.

 Second, nak tunjuk muka yang I pernah makeup kan. muka I ade sikit cukup, karang cakp nak promote diri sendiri pulak =.= Okey sorry, lupa nak ambil gambar before. rugi nya, kalau tak dapat compare kan.



#pic1
okey, akak ni punya kulit sangat lah gebus gebas. pakai bedak sikit je dah flawless gila kulit die. so nipis je makeup dekat die. tapi dia ada mata yang sepet, tapi xnak pakai eyeliner putih. sebabnya nampak macam die menangis je, ehehe.

#pic2

#pic3

#pic4
kak mazni pon mempunyai kulit yang sangat flawless, ade seketul 2 je jarawat die, so sangat senang nak makeup die. but she request very soft makeup, no fake eyelash, no eyebrow trim..

#pic5

#pic6
okey, this girl ada masalah besar dengan kulit muka die. ini adalah cabaran buat I. dia ade banyak pimples yang dok merah2 lagi, ade banyak scars yang teruk2 macam luka terkopek. nak makeup pon takut, sebab takut infection chemical dari cosmetic yang heavy dekat pimples die. tapi, Alhamdulillah, I dapat buat yang terbaik. see, dapat cover semua pimples dia kan ? hehe, nanti I mintak kebenaran dia untuk post gambar before makeup.






so, ini lah hasil tangan I. Kalau rajin nanti I post lg, hehe..so..gudnite uolls :)

Beauty.Style.Makeup :)

Thursday, January 10, 2013

Tips kurus laju2 dengan lotion FELINNA INCHLOSS


salam semua..

Hahhh, review tentang inchloss pula ♥

Tips kurus laju2 dgn inchloss
Selepas mandi pakai pakai ke seluruh badan. Setiap kali lepas makan agak2 30mins mkanan dah masuk perut terus sapu inchloss di perut, ikut lawan jam,sapu agak2 5min sebab nk bg lemak yg uoll makan tu lagi cepat terbakar.Rajinkan diri berjalan atau plg mudah pergi window shopping. Banyak minum air masak.Selepas mandi malam tu sapu lagi seluruh badan, then malam nk tido sapu kat perut shj supaya masa tidur dia bakar lemak so bangun awal pagi mudah membuang nyeee. Selamat bg ibu $enyusu, mengandung dan kanak2 ats 6 tahun pon tp jgn lah sapu kt kanak2 nk suruh kurus tp kalau batuk ke, bole guna jd macam vicks letak kt dada atau kt ibu bapa yg lenguh2 badan atau sakit urat. Cubalah!

#kalau xkurus jgk i cadangkan u pergi try penimbang yg bole check body fat,i yakin yg body fat korang turun cuma berat in kg shj msih belum turun, setiap badan xsama resultnya,jika sesuatu produk mmg berkesan ke ats semua org makanya gulung tikar lah company lain! So jgn mudah berputus asa ya, apa saja produk yg anda cuba pasti ada kelebihan tersendiri,sent­iasa positif, mungkin inchloss adalah penyelesaian buat anda yg dh mencuba byk produk! ;) good luck!

untuk muka pula..

Tips guna inchloss utk runcingkan muka. Lepas cuci muka keringkan then picit sikit shj ya jgn byk..sapu inchloss start dr double chin putar2 naik ke atas slow2 ambik msa sikit dlm 5 ke 10min utk dia meresap..sapu ke kawasan yg xpuas hati insyaAllah dlm masa 2 ke 3 jam rasa beza tu...tpi trpulang pd org gak yer. Xpayah cuci dah biarkan je dia membakar lemak oke....good luck uolls.

jom try jomm jomm !



Harga ? 
hanya rm75 sebotol (SM) and rm80 (SS), free postage !

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lotion ajaib inchloss ini, atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi :

emel: misz_laily91@yahoo.com


Beauty.Style.Makeup :)

kuruskan muka dengan FELLINA INCHLOSS

salam semua :)

                 Harini masih lagi entry yang sama, iaitu lotion FELLINA INCHLOSS. Yeahh..nak cerita lagi kehebatan lotion ni. Nak tau apa ? haa..Sape yang nak bentuk muka yang cantik ? dagu yang runcing, pipi yang montok, bentuk muka seperti sibujur sirih, dan, tanpa sebarang pembedahan plastik seperti orang2 korea tu ha. I ada jawapannya. Hanya dengan lotion FELLINA INCHLOSS, dalam masa beberapa minggu, anda akan memiliki bentuk muka seperti yang di idam-idamkan. Best tak ? best tak ? hehe. Okey ni tak tipu tau. Memang betul2 terjadi. Mungkin ramai yang tak percaya, yelah, tak kan dengan sapu lotion kat muka je dah boleh kuruskan muka yang tembams-tembams tu kan. Tapi percayalah. Di bawah ini I serta kan gambar Puan Felinna pemilik lotion ini yang dah buktikan keberkesanan lotion ini serta testimoni lain yang dah berjaya..

bukti pertama lotion dapat runcingkan muka :)

bukti kedua lotion dapat runcingkan muka :)
bukti ke 3

bukti ke 4

bukti ke 5
bukti ke 6

Tips sapuan inchloss di muka ! Harus baca ok, boleh jgk kalau nak apply bila nk cuci muka atau pakai apa2 krim. Bila da baca kena order okay, pm utk order yaaa..hihi

Petua Urutan Kulit Muka Sentiasa Tegang

KAEDAH 1

- Untuk mengelakkan pipi anda menggeleber ke bawah, pastikan setiap kali anda menyapu krim ke muka, sapukan ke arah telinga/45darjah ke atas. Lakukan sapuan ini seperti satu urutan. Ulang beberapa kali. Ketika menyapu bedak juga hendaklah menggunakan cara sapuan seperti ini supaya serbuk bedak tidak tersumbat pada liang roma muka. Kalau tersumbat, alamat la... Jerawat senang tumbuh merata2...

KAEDAH 2

- Ketika menyapu krim di dahi, urutkan kulit dahi ke atas dan ke arah anak rambut. Ia boleh mengelakkan kedutan di muka. InsyaAllah

KAEDAH 3
- Untuk mengelakkan dan menghilangkan double-chin/dagu berlapis, petua ini amatlah mujarab untuk dilakukan. Sapukan inchloss SUPERB di bahagian bawah dagu dan urut ke luar dagu dengan menggunakan hujung2 jari di belah tapak tangan. Urut beberapa kali sehinggalah anda rasa puas hati. Jangan sampai melecet dah la. Ok, berkesan ke x? jom cuba malam ni. hihi.




Harga ? 
hanya rm75 sebotol (SM) and rm80 (SS), free postage !

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lotion ajaib inchloss ini, atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi :


emel: misz_laily91@yahoo.com


Beauty.Style.Makeup :)


Wednesday, January 9, 2013

kurus dengan lotion FELINNA INCHLOSS


Salam semua :)

             Tahun baru rezeki baru. Sekarang I jadi dropship kepada kawan i dalam group nota hati untuk menjual produk kesihatan baru yang tengah meletops. FELINNA INCHLOSS. Pernah dengar tak ? Bagi yang biase online shopping di facebook mesti pernah nampak iklan2 pasal felinna ni kan ? Haa..kalau xpercaya cuba lah taip Felinna dekat search fb uolls, berderet keluar felinna beauty la, fellyna inchloss la, banyak la. Ramai stokis untuk felinna ni. Okey sekarang nak cerita pasal kehebatan lotion inchloss ni.

“Produk yang amat digalakkan ada bagi wanita atau lelaki yang dah gemuk atau kurus yg ada lebih2 isi x best di luar sana. Perlu ada dalam handbag masing2 tiap hari ye…”


MENGAPA FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION PERLU ADA DALAM BEG ANDA!!

  • Felinna tidak terlalu panas tetapi mempunyai bau wangi. Mudah dibawa dan selesa dipakai kerana baunya yang wangi.
  • Rumusan yang bagus untuk kulit, lembut kulit, masalah kulit kering, selulit, bagi mereka yang merekah di tapak kaki pun boleh cuba.
  • Mudah nak apply di mana-mana bahagian yang tak berkenan kat hati.
  • Pek yang mudah untuk dibawa kemana-mana.
  • Jadi pastikan satu botol Felinna Beauty Inchloss Lotion ada di dalam beg anda.

KHASIAT FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION

1) Aroma Wangian

-Ianya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif. Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan. Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan. Rumusan semulajadi, halal, buatan Malaysia dan berkualiti.

2) CARA GUNA FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION

-Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang nampak tak berapa nak cantik sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.

-Sapu dua kali sehari, selepas mandi pagi dan malam.

-Boleh gunakan oleh lelaki dan wanita.

3) APA KEISTIMEWAAN FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT MASAKINI

-Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.

-Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.

-Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.

-Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)

#nak kongsi sikit disini. kalau i, lebih rela pakai lotion walaupon hasilnya lambat daripada makan ubat yang kita sendriri rasa was2. betul tak ? TAPI, testimoni kebanyakannya pakai lotion ni xsampai seminggu masing2 dah hilang banyak inci!! percaya tak ? haaa..meh sini tenguk muka pengasas lotion ini sendiri iaitu puan FELLINA..


inilah puan fellina..pengasas kepada inchloss lotion


Harga ? 
hanya rm75 sebotol (SM) and rm80 (SS), free postage !

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lotion ajaib inchloss ini, atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi :

emel: misz_laily91@yahoo.com


Beauty.Style.Makeup :)

Tuesday, January 8, 2013

cara pemilihan FOUNDATION


salam semua..

              Pernah tak uolls ade masalah dengan pemilihan foundation ? Mesti ade kan. Ramai kawan2 i yang menghadapi masalah dalam pemilihan foundation. Yela wane tak same dengan muka la, terlalau berminyak la, terlalu kering la. Okey, perkare tu biasa la bagi ladies2 semua. Sebab nak cantik, kadang2 kita 'try' je mane2 tanpa mengambil kira kesesuaian dan jenis kulit masing2. So harini i nak kongsi sikit atas pengalaman sendiri dan rakan2 cara pemilihan foundation yang betul.

1)Kenalpasti kulit


Lain orang lain kulitnya. Ada yang berminyak, ada yang kering, pori terbuka, kombinasi, sensitif juga yang normal.
  • Kulit Normal - Sangat beruntung! Kulit seperti ni biasanya smooth with small pores, even texture and feels great all the time. Kawasan yang kering sedikit biasanya daerah pipi tapi tak keterlaluan, Kadang-kadang mereka ada liang roma yang terbuka di kawasan T-zone (dahi, hidung, atas mulut) tapi biasanya, taklah ketara sangat.. The water and oil content of your skin is balanced.
  • Kulit Kering - Kulit lebih terasa tegang selepas cuci. Kebiasaannya seluruh muka ada daerah yang mengelupas, kasar dan dehydrated. Liang roma tak nampak, kalau ketawa mmg senang nmpk garisan tepi bibir..
  • Kulit Berminyak - Kulit nampak berminyak lebih-labih lagi kat kawasan T zone. Minyak yang sangat ketara dan kena selalu wipe.. Liang roma terbuka dan mudah berjerawat. Makeup akan hilang selepas 3 jam pakai! Aduh...
  • Kulit Kombinasi - You are a little oily and dry. Biasanya berminyak di dahi, hidung dan dagu.. Kering di pipi.
  • Kulit Sensitif - Ada banyak jenis skin yang sensitif. Ada sensitif normal, sensitif kering, kombinasi atau pun sesitif berminyak. Kalau salah pilih produk, muka gatal, kemerah merahan atau pun naik jerawat. Ini biasanya berpunca dari beberapa faktor, contohnya cuaca, persekitaran yang kotor, pengambilan ubatan, diet yang kurang seimbang, hormon tak seimbang, allergi pada chemical dalam produk dan sebagainya.
Those with sensitive skin will see a huge turn around when you start using skin care and makeup that is as free of as many chemicals as you can get.
Dan yang sebenarnya, lebih kurang chemical, lebih elok untuk kulit kita!

2)Pemilihan Foundation

Bila dah kenal pasti kulit, cari produk yang bersesuaian.. kalau oily carilah yang 'oil-free', 'oil-control', atau 'matte', kalau kering cari pula yang 'oil-based', 'moisture rich' atau 'dehydrating'. Untuk kulit kombinasi carilah yang berasas kan powder atau cream. Dan yang sensitif, pilihla yang ada tekstur mineral di dalamnya..

3)Pemilihan Warna

Ramai yang keliru kalau nak memilih warna, ada yang terkena muka jadi kelabu! alamak.... dan ada pula yang putih sangat..

-Kenalpasti undertone skin. Kalau nak tau, try tgk lengan kita warna apa, selalunya kulit melayu , yellow base, dan kulit india atau pun china, biasanya pink base.. tapi ada juga yang sebaliknya.

-Perhatikan sekeliling terang atau tidak... pencahayaan amat penting, kalau kawasan kaunter tu macam malap je, keluar je dari shop dan bawak contoh warna untuk dicalitkan pada muka. Tapi jangan lupa masuk kedai balik ya!.. huhu

-Pilih warna yang seakan-akan dengan kulit. Kalau tak jumpa, pilih warna yang 1 tona lebih gelap dari kulit, kemudian seimbangkan dengan powder yang 1 tona lebih cerah...

-Ada juga yang kulit berminyak mempunyai masalah foundation lebih gelap bila kulit dah 'pecah minyak', sekiranya ini berlaku, guna foundation yang 1 tona lebih cerah dari kulit.

Tips: 

* Gunakan rahang muka sebagai penentu warna, bukan tangan ya! Ratakan dan tgk, kalau sama, itulah yang paling sesuai!
* Biasakan guna foundation brush, atau sponge yang bersesuaian. Wah, mahirkan diri macam pro ye!
* Sentiasa ada cermin dalam handbag! Barulah kita tahu apa yang sesuai untuk kulit kita sebab cermin adalah teman terbaik kita!

itu sahaja yang dapat i kongsikan..


Beauty.Style.Makeup :)

Thursday, January 3, 2013

UBAT PELUPA ( pentingnya bersenam )


minggu ni minggu kesihatan bagi i. sementara tengah cuti lagi, and belum dipanggil untuk interview kerja elok lah study sikit bab kesihatan kan. lagi pon bukannye buat ape kat rumah ni, hehe. So, harini nak cerita pasal pentingnya bersenam. ramai dalam kalangan masyarakat kita yang memandang remeh tentang pentingnya bersenam, even i sendri pon. hampir 4tahun da xbersenam lepas habis sekolah. 4tahun kau ? OMG, OMG !! ok betul 4tahun, patutla dah macam orang tua, asyik sakit-sakit je, cepat mengantuk, oksigen tak cukup -.- pagi tadi ade terbaca pasal artikal ubat pelupa. ehh ? tadi tajuk kelebihan bersenam. sebenarnya ada kaitan antara dua perkara ini. antara yang i bace, sebenarnye ubat kepada pelupa adalah bersenam. sepatutnya dari kecik lagi amal kan. bukannye nak lame mane pon. sehari 15minit pun dah cukup kan. tapi tula, manusia tak pernah cukup masa, tapi kenyataannya mereka tak pandai cari masa. samala macam saya... -.-  ok jum tenguk detail :


Kesan positif bersenam

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:
  • Mengurangkan kesakitan.
  • Menguatkan ingatan.
  • Merawat kemurungan.
  • Menurun dan mengawal tekanan darah.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Merangsang aliran darah.
  • Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Ubat Pelupa

Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

Beauty.Style.Makeup :)

Wednesday, January 2, 2013

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT



salam semua...

harini nak cerita tentamg khasiat air putih. tau air putih ? air masak yang uolls tak nak minum tula, hehe. jangan cakap uolls, i pon susah jugak nak minum air masak ni. kadang-kadang sehari 1cawan je minum. sangat-sangat lah xsihatnye, bile kite buang air kecil je xjernih. tak elok okay. nak sihat minum la air masak banyak-banyak. start awal tahun baru ni la i mula minum air masak bila bangun je dari tidur. bergelen-gelen pulak tu. haiyaaa, tak larat asyik nak ke tandas je. tapi takpe, untuk kesihatan masa depan, hahaha. jum tengok details pasal air mask ni...

Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

1. Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk  tempoh dua jam.
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

6. Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu seperti :

•Tekanan darah tinggi 30 hari
• Gastrik 10 hari
• Diabetis 30 hari
• Sembelit 10 hari
• Kanser 18 hari
• Tibi 90 hari

7. Apabila anda makan vitamin c, segala toksik terkumpul juga akn larut dalam air, dan dikeluarkan melalui sisterm perkumuhan. Ini sebab nya anda perlu minum air mineral :)

akhir sekali, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.


Beauty.Style.Makeup :)