jemput follow :)

Sunday, December 2, 2012

tips penjagaan kulit



Iri dengan kulit bayi yang begitu lembut, halus, dan mulus? 

Anda juga boleh kok mempunyai kelembutan yang sama. Yang penting, anda rajin dan teratur merawat kulit. 
Kulit halus dan lembut merupakan idaman setiap wanita. Kulit mulus merupakan penunjang penampilan yang menandakan anda pintar merawat tubuh. Ini sejumlah tips bagi anda yang mengidamkan kulit lembut layaknya bayi: 



1. Lindungi Kulit dari Sengatan Sinar Matahari Sinar matahari boleh menurunkan kadar kolagen dan elastin (protein yang berfungsi untuk membuat kulit tetap kencang dan elastik). Tentu saja anda tidak perlu memakai pakaian yang 100% menutup seluruh tubuh untuk melindungi kulit anda dari sengatan sinar matahari. anda boleh melindungi kulit dengan krim yang mengandungi pelindung dari sinaran UV. Memakai payung, kacamata hitam dan topi lebar juga sangat disyorkan, terutama apabila anda melakukan aktiviti di luar bilik pada pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang. 


2. Bersih dan Pilih Sabun yang Tepat Kulit yang bersih adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut. Untuk menjaga kebersihan kulit, anda boleh merawatnya dengan mandi dua kali sehari dan selalu membersihkan wajah dari sisa make up yang tersisa. Berhati-hatilah memilih sabun yang anda pakai, kerana jika anda salah memilih sabun, kulit anda boleh mengalami iritasi, kering dan kusam. pilih sabun mandi yang tidak hanya membersihkan, tetapi juga dapat menjaga kelembutan kulit. Sabun dengan kandungan pelembab dan minyak dari tumbuh-tumbuhan akan baik untuk menjaga kelembutan kulit anda. Selain itu, jangan terlalu suka mandi terlalu lama dengan air hangat kerana kelembapan semulajadi kulit anda boleh hilang. 


3. Rajin Memakai Pelembab Tinggal di kawasan tropika membuat anda harus lebih rajin memberi pelembab pada kulit anda, lebih-lebih lagi bagi pemilik kulit kering. Ada banyak produk pelembab yang ditawarkan, sesuaikan produk tersebut dengan jenis kulit yang anda miliki. Jika anda mempunyai kulit normal, gunakan pelembab yang mempunyai bahan utama air. Jika kulit anda sensitif, pilih pelembab yang tidak mengandungi bahan kimia dan anti alergi. Jika anda mempunyai kulit kering, gunakan pelembab yang mengandungi minyak dan mengandungi propylene glycol yang boleh menjaga kulit anda tetap lembut. 


4. Pilih Makanan Sehat Menjaga kelembutan kulit tidak hanya dari luar, kerana rawatan daripada nutrisi dalam badan jauh lebih baik. Usahakan untuk minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Selain untuk mencegah dehidrasi, minum air mineral boleh membuat kulit anda segar dan tidak kelihatan kusam. Memakan sayur dan buah yang beraneka warna juga baik untuk memberikan nutrisi vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E yang baik untuk kulit anda. 


5. Memulakan Gaya Hidup Sehat Jauhkan diri anda dari stres, kerana stres hanya akan membuat fikiran anda kacau dan ikut serta menjadikan kulit anda tampak kusam dan tidak sihat.Lakukan sukan setiap hari agar kulit anda semakin sihat dan segar. Termasuk, elakkan diri anda dari kebiasaan mer-kok. Tidak hanya buruk bagi kesihatan organ dalam, rkk adalah musuh terbesar bagi kulit. Selamat mendapatkan kulit halus seperti bayi.


*sumber majalah remaja :)

Beauty.Style.Makeup :)

No comments:

Post a Comment