jemput follow :)

Friday, December 21, 2012

makeup PENGANTIN

salam uolls..dah habis bab artis, sekarang bab pengantin pulak. di bawah ni adalah gambar-gambar pengantin yg di makeup oleh IMAH UMIE : 


MAKEUP PENGANTIN























habis dah...cantik kan ? so kalau anda berminat boleh email i di misz_laily91@yahoo.com  :)

makeup ARTIS

hye semua, jemput baca :) okay harini nak tunjukkan sentuhan IMAH UMIE yang i cerita dulu-dulu tu. punye la lama tak update blog, hehe. busy lah balik kampung ni. ok, IMAH UMIE mengambil tempahan makeup untuk wedding, dinner, & lain-lain lagi. so kawan2 kalau berminat boleh email i. i will inform her asap. so..bawah ni i serta kan gambar-gambar hasil tangan IMAH UMIE..cantik uolllss..

MAKEUP ARTIS

IMAH UMIE yg comel-comel2 sebelah artis tu :)

dengan 'i follow-i follow' SALLEH YAAKOB :P

dengan KAMAL ADLI, okey jeles :l

dengan FIZO, lg jelesss


dengan NORA :)

dengan budak kecik cOmel MIA

denagn si csntik manis IRMA HASMIE

dengan USTAZ DON ( ustaz pon makeup tau, jangan main2,hehe)
(menggunakan sarung tangan)

dengan PIEJA mentor

dengan artis 8TV

dengan USTAZAH HASNI 

dengan NAJWA LATIF yg maniss

dengan kak pah SHARIFAH AINI
denagn CHEF WAN uoallsss, hehe

dengan cikgu FATIMAH

dengan SUE HASHIM makeup team

dengan BIENDA yang cantik :)

dengan WAN SHARMILA

haaaa..cantik tak ? cantik tak ? hehe..
* untuk pengetahuan, IMAH UMIE adalah sifu saya :) so, uollss boleh la berguru dengan beliau, murah je fees dia  untuk student..

Monday, December 3, 2012

rahsia kecantikan gadis jepun





Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. jelesnyeee kannn ??antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Jom tengok...

Vitamin C
gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buahbuahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.

Kacang merah
gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat Beras Merah bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Beras Merah
Bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Pengelupasan
Gadis jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak berseri dan tidak nampak kusam.

Alga
Wakame, sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.


*sumber majalah remaja :)

Beauty.Style.Makeup :)

diet 7 hari berkesan :D




siapa kat sini bila stress nak makan je kejenye ?? jangan panik, itu adalah proses biasa. semakin stress, semakin tinggi rasa nak mengunyah. ok jom cuba menu diet sepanjang seminggu. lakukan secara berterusan untuk hasil yang memuaskan. cabar diri kamu dan bulatkan tekad. Siapa lagi nak mengubah diri kalau bukan kamu sendiri yang harus berusaha, bukan?

Hari Pertama : 
Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. Selain itu, kamu disarankan makan sup.

Hari Kedua :
Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.Kamu tidak dibenarkan makan kacang  panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga :
gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan...

Hari Keempat :
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

Hari Kelima :
Hari untuk daging dan tomato. Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.pengambilan
sup sudah memadai diambil sekali sahaja.

Hari Keenam :
Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.

Hari Ketujuh :
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.

Selamat Mencuba!! ♥

Beauty.Style.Makeup :)

Sunday, December 2, 2012

penjagaan semasa berpantang



walaupun kite ni tak kawen lagi, tak bermakna kita boleh abaikan bab2 ni..kenalah tau serba sedikit kan. so, ni la yang dapat disediakan :)

Selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita sudah pasti akan mengadu bahawa tubuh badan mereka sudah 'lari'. Tubuh mereka tidak lagi seperti mereka masih anak dara. Selepas bersalin, tubuh terasa menggeleber at

au longgar sana sini. Ini tidak termasuk lemak yang terkumpul di bahagian-bahagian tertentu tubuh. Pada ketika ini ada yang mula mengambil pil-pil kurus dan mengikuti program menguruskan badan di pusat-pusat kecantikan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak walaupun duit telah habis beribu-ribu. Sebenarnya tidak mustahil seseorang wanita itu untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh mereka. Sekiranya mereka mengikut amalan tradisional seperti berpantang, terutamanya selepas bersalin pasti tubuh mereka akan langsing semula. Apa yang penting adalah kesungguhan dalam diri mereka untuk melakukannya. Bagi anda yang ingin langsing, mungkin amalan berpantang ini boleh diikuti :-


1. URUTAN
Matlamat utamanya ialah untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakan selepas tiga hari bersalin. Amalan ini tidak boleh dilewatkan kerana badan akan berasa sengal-sengal sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini. Bahagian yang diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.

2. BERTUNGKU
Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan darah kotor dalam badan terutama saki baki darah beku, buang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. Kesan positif daripada bertungku ialah darah nifas akan keluar lebih banyak daripada biasa. Selama tempoh berpantang, amalan ini perlu dilakukan selama 30 minit setiap pagi dan petang.

3. BERTANGAS selepas hari ke 30
Rawatan ini bertujuan untuk membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ia penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan dengan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang.

4. BERBENGKUNG
Tujuan rawatan ini ialah untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ramping. Anda perlu memakai bengkung setiap hari sehingga habis pantang terutama ketika waktu makan. Selain dapat mengelakkan masalah perut buncit, ia turut berfugsi untuk mengembalikan kedudukan peranakan.

5. MANDI REMPAH RATUS
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada pagi hari ketiga dan akan terus mandi dengan air rebusan tersebut sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang biasa digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah, pandan, serai wangi, halia bara, temu pauh dan temulawak. Selain daripada itu, isi halia dan lengkuas turut digunakan.

6. MEMAKAI PARAM DAN PILIS
Rawatan luaran juga perlu dititikberatkan selain daripada rawatan dalaman. Ini dapat dilakukan dengan memakai param ke seluruh badan dan menyapu pilis di dahi. Tujuan pemakaiannya ialah untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Dalam pada itu, kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin, mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

7. MINUM JAMU
Amalan ini dapat membantu memanaskan badan agar mampu kelihatan bermaya sepanjang masa. Jamu juga dapat membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, melawas pembuangan air besar, menghindar keputihan berlebihan dan menyegarakan tubuh. Walau telah melepasi tempoh berpantang, anda digalakkan minum jamu khusus selepas bersalin.

Selamat Mencuba!! ♥


Beauty.Style.Makeup :)

Petua Awet Muda Mengikut Sunnah


*cewah ! promote muke sendiri nmpk :p

1.Sejurus bangun pagi (bangun pagi je ye, bukan bangun tengahari atau bangun petang), sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit. 


2. Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas ye, kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak. Amalkan setiap hari. Insyaallah. 


Selamat Mencuba!! ♥


Beauty.Style.Makeup :)

Apa itu Kolagen??




Sebanyak 70% daripada struktur kulit terdiri daripada kolagen. Ia diperlukan untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Pada usia 25, kadar sintesis kolagen semakin berkurangan. Akibatnya, garis-garis halus mula

 kelihatan, lingkaran bawah mata, payudara & punggung mula kendur. Menjelang umur 40 tahun kurang lebih 40% kolagen dalam tubuh kita telah hilang.

Oleh kerana itu, kita memerlukan suplemen kolagen bermutu tinggi untuk menggantikan kolagen semulajadi yang berkurangan dalam kulit.



Kesan kehilangan kolagen :


1. rambut jadi kering dan bercabang dihujung.

2. liang roma jadi lebih besar,pigmentasi, jeragat, dan kulit kekuningan.
3. kulit kering, hilang keanjalan, kelihatan lebih tua.

4. kehilangan kalsium, sakit tulang, sakit sendi.
5. garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran bawah mata, eye bag, penglihatan kabur.
6. gusi tidak sihat.
7. garis halus kelihatan pada leher.
8. payudara dan punggung kendur.


#kolagen membantu dalam aspek kecantikan dan kesihatan, awet muda dan anti penuaan, mencegah penyakit, meningkatkan kesihatan badan.

Beauty.Style.Makeup :)

tips penjagaan miss V



Di sini, beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita atau vagina:

1. Cuci tangan sehingga bersih.
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.
3. Gunakan waktu mandi dan membuang
 air untuk membersihkan alat sulit.
4. Gunakan air bersih untuk mencuci.
5. Gunakan sabun khusus jika perlu.
6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.
7. Pakai seluar dalam yang selesa.
8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.
9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.
10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.
11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.
12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain.
13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.
14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.
15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.
16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.


Beauty.Makeup.Style :)

tips penjagaan kulit



Iri dengan kulit bayi yang begitu lembut, halus, dan mulus? 

Anda juga boleh kok mempunyai kelembutan yang sama. Yang penting, anda rajin dan teratur merawat kulit. 
Kulit halus dan lembut merupakan idaman setiap wanita. Kulit mulus merupakan penunjang penampilan yang menandakan anda pintar merawat tubuh. Ini sejumlah tips bagi anda yang mengidamkan kulit lembut layaknya bayi: 



1. Lindungi Kulit dari Sengatan Sinar Matahari Sinar matahari boleh menurunkan kadar kolagen dan elastin (protein yang berfungsi untuk membuat kulit tetap kencang dan elastik). Tentu saja anda tidak perlu memakai pakaian yang 100% menutup seluruh tubuh untuk melindungi kulit anda dari sengatan sinar matahari. anda boleh melindungi kulit dengan krim yang mengandungi pelindung dari sinaran UV. Memakai payung, kacamata hitam dan topi lebar juga sangat disyorkan, terutama apabila anda melakukan aktiviti di luar bilik pada pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang. 


2. Bersih dan Pilih Sabun yang Tepat Kulit yang bersih adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut. Untuk menjaga kebersihan kulit, anda boleh merawatnya dengan mandi dua kali sehari dan selalu membersihkan wajah dari sisa make up yang tersisa. Berhati-hatilah memilih sabun yang anda pakai, kerana jika anda salah memilih sabun, kulit anda boleh mengalami iritasi, kering dan kusam. pilih sabun mandi yang tidak hanya membersihkan, tetapi juga dapat menjaga kelembutan kulit. Sabun dengan kandungan pelembab dan minyak dari tumbuh-tumbuhan akan baik untuk menjaga kelembutan kulit anda. Selain itu, jangan terlalu suka mandi terlalu lama dengan air hangat kerana kelembapan semulajadi kulit anda boleh hilang. 


3. Rajin Memakai Pelembab Tinggal di kawasan tropika membuat anda harus lebih rajin memberi pelembab pada kulit anda, lebih-lebih lagi bagi pemilik kulit kering. Ada banyak produk pelembab yang ditawarkan, sesuaikan produk tersebut dengan jenis kulit yang anda miliki. Jika anda mempunyai kulit normal, gunakan pelembab yang mempunyai bahan utama air. Jika kulit anda sensitif, pilih pelembab yang tidak mengandungi bahan kimia dan anti alergi. Jika anda mempunyai kulit kering, gunakan pelembab yang mengandungi minyak dan mengandungi propylene glycol yang boleh menjaga kulit anda tetap lembut. 


4. Pilih Makanan Sehat Menjaga kelembutan kulit tidak hanya dari luar, kerana rawatan daripada nutrisi dalam badan jauh lebih baik. Usahakan untuk minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Selain untuk mencegah dehidrasi, minum air mineral boleh membuat kulit anda segar dan tidak kelihatan kusam. Memakan sayur dan buah yang beraneka warna juga baik untuk memberikan nutrisi vitamin A, vitamin B6, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E yang baik untuk kulit anda. 


5. Memulakan Gaya Hidup Sehat Jauhkan diri anda dari stres, kerana stres hanya akan membuat fikiran anda kacau dan ikut serta menjadikan kulit anda tampak kusam dan tidak sihat.Lakukan sukan setiap hari agar kulit anda semakin sihat dan segar. Termasuk, elakkan diri anda dari kebiasaan mer-kok. Tidak hanya buruk bagi kesihatan organ dalam, rkk adalah musuh terbesar bagi kulit. Selamat mendapatkan kulit halus seperti bayi.


*sumber majalah remaja :)

Beauty.Style.Makeup :)

tips makanan agar kulit lebih MULUS..



Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil 
dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 6 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur
Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Beauty.Style.Makeup :)

Thursday, November 29, 2012

nak cari DUIT poket lebih ?


Ok, harini nak cerita pasal duit poket sampingan..sebenarnya buat blog ni tujuan die nak ajak korang2 semua tengok pasal bisnes ni lah..namanya SAP..haaa..ape tu SAP ? ok sebelum perkenal kan pasal bisnes ni, nak cerita dulu..remaje baye2 kite ni (acecece) boleh dikatekan semua ade masalah kewnagan..kan ? biasalah, orang baru nak up la katekan..yg perempuannye dengan nak bergaya..nak bergaya dah tentu2 nak beli tu la, ni la, shopping sana la, sini la, nak calling boyrfiend la apela kn..yg lelakinya pon sama, habis duit beli rokok la, belanje girlfriend lah..bile yah nak start menyimpannya..nanti nak kahwin baru terhegeh2 pikir manela nak cari duit kan..kene pulak anak dara orang tu cantik, harga mahai sikit..adush..dah pikir nak buat pinjaman sana sini kan ? ahaaa..(pandai pulak die ni cakap mcm la die xbuat sume tu, kekekeke) Ok, biasala tu..so sekarang i ada penyelesaiannya..dengan bisnes SAP ni, u all boleh pejam mate sambil tunggu duit masuk..macam i la..keluarkan rm50 je, xpkir pasal duit tu dah, tup2 duit masuk je..haa..berminat x ? berminat x ? hehe..tp benda ni work on facebook jela..SEBAB, facebook akan autopost semua status pasal bisnes SAP ni..kalau u all ramai member lg bagus, lagi tinggi peluang dapat downline yang ramai..

ok ni link bisnes SAP tu..bace dulu http://rm50.ibct.my/1370

dah bace ? ok skrg ni i nak tunjukkan macam mana bisnes SAP ni bekerja utk i di facebook..tengok gambar dibawah..









i letak 3 gambar je dulu sebab banyak, xlarat nak printscreen, hehe..kalau nak tengok lebih lg boleh tengok di facebook i..ni link fb i https://www.facebook.com/nor.laily.75
ayat2 dekat atas ni semua bukan i yang buat tau..semua dari SAP..autopost, setiap hari..

nak tengok hasil yang i dah dapat ? ha tengok gambar dibawah..




yang ni pula hasil dari upline i..








dalam masa sebulan sahaja upline i dah dapat modal die balik rm50..tengok gambar terakhir..die dah transfer duit rm73 tu ke akaun CIMB..

yang bawah ni hasil dari rakan2 lain yang lebih hebat..
























ok, cukuplah utk hari ni..penat den upload gambo dengan internet yg slembut siput tuutt ni..esok sambung lg..sape2 yg terbace lah kan (sape la yang nak bace blog aku ni, follower pon xdak lg) and nak tahu lebih lg boleh add fb i or email sahaja okey.. nite2! 

SAP Bis :)